Tuesday, July 31, 2012

Terima kasih Warga Vila Suria !

Pemandangan selepas Maghrib 

Syukur di rafa'kan kepada Allah SWT kerana pada tahun ini warga Vila Suria dapat menunaikan solat Tarawih dengan selesa.

Ruang solat baru untuk kaun lelaki telah pun siap sepenuhnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada dermawan. Mudah-mudahan setiap sen yang disumbang akan diberi ganjaran pahala yang berpanjangan hendaknya.

Kepada Imam-Imam Tarawih yang bergilir seperti PM Dr. Maimun, PM Halim Ramli, Ust Azzahar, Ust Yusri dan ramai lagi yang namanya tidak disebut di sini, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Demikian juga En Yusuf yang setia menjadi Bilal tarawih, semoga memperolehi darjat yang tertinggi di sisi-Nya di akhirat nanti.

Tidak lupa juga kepada mereka yang menyumbang more, kami ucapkan syukran jazakallah.

Buat masa ini Surau Vila Suria masih mengalu-alukan derma untuk kegiatan aktiviti keagamaan di masa akan datang.

Jika tuan puan berminat sila berjumpa AJK Surau.

Sekian, wassalam




Friday, July 20, 2012

PERUTUSAN KHAS RAMADHAN 1433 H


Assalamualaikum wrm wbh. 

Jiran-jiran warga Vila Suria Warisan Puteri Sikamat yang dimuliakan, 

Bulan Ramadhan mengingatkan kita kepada kematian. Setiap tahun kita bertemu Ramadhan, maka setiap tahunlah umur kita turut bertambah dan semakin hampirlah kita kepada alam barzakh.

Justeru bulan Ramadhan ialah bulan yang cukup baik untuk kita bermuhasabah tentang segala amalan yang kita lakukan di dunia ini.

Jika kita ada melakukan kesalahan dan dosa maka inilah bulan yang perlu kita manfaatkan semaksimum untuk memohon keampunan daripada-Nya.

Ramadhan merupakan bulan Maghfirah, lambang kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Allah tidak mahu mengazab hamba-hamba-Nya di atas dosa yang telah mereka lakukan. Lalu diturunkan bulan ini supaya hamba-hambaNya yang berdosa kembali kepada-Nya.

Justeru amatlah rugi bagi mukmin yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi gagal mengambil peluang untuk menebus dosa-dosa yang dilakukan seperti mana sabda junjungan Rasul,

Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampun…”(HR Hakim)

Jiran-jiran sekalian, 

Ramadhan membentuk insan yang bertaqwa. Ramadhan mengajar kita siapa diri kita yang sebenar. Tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, berkereta besar atau kecil, apabila tibanya bulan ini,  kita semua akan merasa lapar serta dahaga. 

Oleh itu usah berbangga dengan harta yang dimilki kerana harta itu tidak mampu membeli sebuah kebahagiaan. Banyak orang yang berharta tetapi jiwanya gelisah, tidak puas, malah kadang-kadang timbul perasaan tamak di dalam diri. Jiwa mereka sebenarnya sedang merana. 

Jadilah seperti Usman bin Affan atau Abdul Rahman bin Auf, lagi banyak harta yang dimiliki lagi hebat ibadah dan taqwanya kepada Allah SWT.  

Jiran-jiran yang dikasihi sekalian, 

Sudah hampir dua tahun surau Vila Suria didirikan. Justeru marilah sama-sama kita lapangkan masa menjenguk rumah Allah di taman kita. Walaupun ada yang seronok beribadat di Masjid, tetapi surau kita jangan dipinggirkan. Jika tidak boleh datang setiap hari, datanglah seminggu sekali atau pun dua minggu sekali. Janganlah langsung tidak pernah menghadirkan diri. 

Kita perlu sedar, apabila ajal menjemput, jiran-jiran dan jemaah terdekatlah yang akan bersusah payah menguruskan jenazah kita. Demikianlah pentingnya untuk beramah mesra dengan jemaah di surau taman yang di diami.  

Akhir kata Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua penganut Islam di taman yang permai ini. 

Saturday, July 14, 2012

Haiyalal Falah...!

Keadaan surau 6 hari lepas 

Syukur kepada Allah SWT, surau Vila Suria hampir berjaya disiapkan. Mungkin dalam seminggu lagi, ia sudah boleh digunakan untuk solat berjemaah.

Berbeza dengan tahun lepas, Insya Allah pada tahun ini warga Vila Suria akan dapat menunaikan solat Terawih dengan selesa.

Difahamkan kerja-kerja memasukkan lampu dan kipas akan dilaksanakan dalam tempoh dua tiga hari lagi. Oleh itu Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria sekali lagi merayu kepada tuan puan yang ingin menderma, silalah berbuat demikian dengan menghubungi mana-mana AJK (sila dapatkan No H/P mereka di blog ini)  atau memasukkan terus ke dalam akaun Surau (juga tertera di blog ini).

Mudah-mudahan Allah SWT menerangkan kubur kita di alam barzakh.

Amin.

Tuesday, June 5, 2012

CERAMAH ISRAK WAL MIKRAJ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Jawatankuasa Surau Vila Suria menjemput tuan puan ke majlis Ceramah Israk Wa Mikraj seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 hb Jun 2012 (Ahad malam Isnin) 
Masa : Selepas solat Maghrib 
Penceramah : Prof Madya Dr Maimun Aqsha Lubis, Pensyarah UKM


Mudah-mudahan kehadiran tuan puan ke surau Vila Suria diberkati Allah SWT.

Sunday, May 20, 2012

Mohon sumbangan untuk pembesaran Surau Vila Suria


Ruangan wanita ini akan dibesarkan menjadi ruang utama solat jemaah lelaki.

Assalamualaikum wrm wbh,

Jawatankuasa Surau Vila Suria memohon jasa baik semua penduduk yang beragama Islam untuk menghulurkan sumbangan derma sebanyak RM 100.00 sebuah rumah bagi menampung perbelanjaan pembesaran surau yang bakal di laksanakan dalam tempoh terdekat.

Pembesaran ini meliputi pembinaan tandas untuk jemaah lelaki dan perempuan serta meluaskan ruang solat perempuan untuk dijadikan ruang utama solat lelaki.

Dianggarkan sejumlah RM 20 000 diperlukan untuk tujuan itu.

Sebarang pembayaran boleh disalurkan terus kepada Ust Hj Azzahar (665) HP 019 3322677, En Shamsuddin Abd Wahab (590) HP 019 2605320 dan En Noor Azmi Ahmad ( 592) HP 016 7644863. 

Mudah-mudahan sumbangan tuan puan dikira sebagai amal jariah yang berkekalan pahalanya sehingga ke hari Qiamat.

Sekian.



Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria mengucapakan Selamat Menyambut Tahu Baru Hijrah 1433.

Mudah-mudahan tahun baru ini memberi keberkatan, kesentosaan dan kebahagiaan buat kita semua.

Insya Allah.