Sunday, October 31, 2010

Lembu ke 2 yang dicadangkan untuk ibadah korban
















Lembu yang dimaksudkan

Saiz dan harga yang sama seperti lembu pertama, RM 2250.00. Jenis tempatan, jantan, mempunyai daging 70 ke 80 kilo.
















Pandangan dari sisi depan

Kepada AJK dan penduduk, sila beri maklum balas kepada Ust Hj Hishamuddin 019-6404133.
















Bagaimana...ok tak saya ?

Thursday, October 28, 2010

Cadangan membina Bangsal Sementara
















Gambar hiasan

Aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian merupakan elemen penting meningkatkan
kesatuan sesebuah komuniti.

Untuk menjayakannya, selain komitmen penduduk yang melibatkan diri, kewujudan pusat aktiviti juga perlu diambil kira.

Memandangkan surau Vila Suria dijangka hanya akan terbina selepas dua tahun,
maka binaan alternatif perlu diwujudkan.

Konsep binaan

1. Binaan adalah bersifat sementara, sebelum terbinanya sebuah surau kekal

2. Binaan daripada kayu dan papan, tanpa dinding, beratap zing.

3. Berbentuk seperti wakaf, terbuka tanpa sebarang dinding,

4. Berukuran 20’X20’ dengan ketinggian lantai 3 kaki dari tanah.

5. Bertempat di tapak surau Vila Surau

6. Boleh memuatkan 25 orang solat berjamaah, untuk bacaan Yasin dan sebagainya.

7. Tidak memerlukan punca elektrik, air dan tandas.

8. Boleh dipindahkan apabila surau kekal dibina kelak. Atau dibina di kawasan yang tidak melibatkan tapak surau

9. Haruslah tidak mencacatkan pemandangan taman perumahan

Anggaran kos pembinaan : RM 5000.00

Segala sumbangan untuk menjayakan pembinaan bangsal ini boleh disalurkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria, Ust Hj Azzahar No. H/P 019-3322677 rumah No 665 atau terus ke Akaun Bank Islam : 05-012-01-007435-7 atas nama JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU VILA SURIA.
.

Rujukan,
Kertas Kerja Pembinaan Bangsal Sementara Sebagai Pusat Aktiviti Penduduk Vila Suria
Ust Hj Azzahar bin Abd Aziz

Friday, October 22, 2010

Dua ekor lembu bakal dikorbankan

Alhamdulillah, Vila Suria bakal menumbangkan dua ekor lembu sempena ibadah korban pada tahun ini.

Nama-nama peserta yang telah mengesahkan untuk menyertai ibadah korban bagi lembu kedua ialah :

1. Hasnul Hisyam Mohamad (Ilya Irni bt Mohamad) 613 - 1 bahagian
2. Cik Hanim bt Abd Halim 665 - 1 bahagian
3. En. Ahmad Nor Azlan bin Abd Aziz 668 - 1 bahagian
4. En Azizan bin Shaari (Imad bin Azizan) 654 - 2 bahagian
5. En. Ahmad bin Mohd Yasin 629 - 1 bahagian
6. En. Syamsuddin bin Abd Wahab 590 - 1 bahagian

Di kesempatan ini, Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Bayaran ibadah korban hendaklah dijelaskan kepada Ybhg Ust Haji Azzahar sebelum 30hb Oktober 2010.

Sekian.

Tuesday, October 12, 2010

Insya Allah, ibadah korban bakal dilaksanakan di Vila Suria
















Lembu yang bakal disembelih

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana sekurang-kurangnya seekor lembu bakal disembelih untuk ibadah korban pada tahun ini.

Berikut ialah nama-nama peserta yang sudah memberi pengesahan untuk menyertai ibadah korban yang dijangka dilaksanakan pada 20.11.2010 (Sabtu) :

1. En. Mohd Hishamuddin bin Mansor 516 – 1 bahagian( akikah)
2. PM Abdul Halim Ramli 636 – 1 bahagian
3. Puan Aishawati bt Saad 662 – 1 bahagian
4. En. Ahmad Kamal Bashah 606 - 2 bahagian
5. Puan Jahrah bt Idris 665 - 1 bahagian
6. En Kamaruzzaman Jaffar 586 – 1 bahagian

Penyertaan masih terbuka sekurang-kurangnya untuk seekor lagi lembu sekiranya masih ada yang berminat.

Sila maklumkan kepada Ust Hj Azzahar 0193322677 atau Ust Hj Hishamuddin 0196404133 selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Harga bagi satu bahagian ialah RM 350.00.

Friday, October 8, 2010

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria kali ke 7
















Alhamdulillah mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria malam tadi yang dipengerusikan oleh Ybhg Us Hj Azzahar bin Abd Aziz telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 12.00 tgh malam.

Antara keputusan mesyuarat adalah seperti berikut :

1. Aktiviti ibadah korban

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria bersetuju untuk mengadakan aktiviti ibadah korban pada hari Sabtu, 20.11.2010, pukul 8.00 pagi. Jumlah lembu yang bakal disembelih ialah seekor dan maksimumnya dua ekor bergantung kepada maklum balas daripada penduduk. Harga bagi satu bahagian ialah RM 350.00.

2. Takbir Raya

Mesyuarat juga memutuskan untuk menjalankan aktiviti takbir raya dari rumah ke rumah pada malam Hari Raya Eidul Adha. Jika ada jiran-jiran yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, bolehlah mengisi borang yang akan diedarkan.

3. PA Sistem mudah alih

Mesyuarat juga memutuskan untuk membeli PA sistem mudah alih bagi menjalankan aktiviti agama di Vila Suria. Ia juga boleh disewakan kepada mana-mana penduduk yang ingin menggunakannya untuk majlis kenduri kendara sebagai sumber pendapatan kepada aktiviti Surau.

Anggaran harga ialah RM 2000.00. Jika ada di kalangan penduduk yang berminat untuk menderma bagi membeli peralatan ini, sangat dialu-alukan.

4. Bangsal sementara

Mesyuarat juga memutuskan untuk membina bangsal sementara di tapak pembinaan surau bagi menjalankan aktiviti keagamaan seperti solat Terawih, ceramah agama dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Kebenaran lisan dari pihak MPS telah pun diperolehi. Insya Allah jika tiada halangan, bangsal ini akan didirikan secepat yang mungkin.

Justeru bagi menjayakan segala aktiviti dan perkara di atas, surat edaran akan dihantar kepada semua penduduk Islam di Vila Suria pada minggu hadapan.

Sekian, wassalam.

Wednesday, October 6, 2010

Selamat berangkat Mohd Khairun Naim
















Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda, Wan-ni'mata, Laka walmulk
Laa sharika lak.


Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria serta jiran-jiran ingin mengucapkan selamat berangkat menunaikan fardhu Haji kepada Mohd Khairun Naim bin Mustafa, rumah no 691.

Beliau akan mendaftarkan diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada hari Rabu 13.10.2010, pukul 1.30 pagi.

Dengan itu beliau menjemput jiran-jiran yang berkelapangan untuk hadir ke majlis jamuan yang akan diadakan di rumahnya pada hari Selasa, 12.10.2010, bermula pukul 3.00 sehingga 7.00 petang.

Insya Allah, beliau akan bertolak dari rumah selepas solat Isyak.

Kami jiran-jiran setaman mendoakan agar beliau pergi ke tanah suci dengan selamat dan balik ke tanah air juga dengan selamat.

Semoga memperolehi Haji yang Mabrur.

Insya Allah.