Friday, October 8, 2010

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria kali ke 7
















Alhamdulillah mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria malam tadi yang dipengerusikan oleh Ybhg Us Hj Azzahar bin Abd Aziz telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 12.00 tgh malam.

Antara keputusan mesyuarat adalah seperti berikut :

1. Aktiviti ibadah korban

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria bersetuju untuk mengadakan aktiviti ibadah korban pada hari Sabtu, 20.11.2010, pukul 8.00 pagi. Jumlah lembu yang bakal disembelih ialah seekor dan maksimumnya dua ekor bergantung kepada maklum balas daripada penduduk. Harga bagi satu bahagian ialah RM 350.00.

2. Takbir Raya

Mesyuarat juga memutuskan untuk menjalankan aktiviti takbir raya dari rumah ke rumah pada malam Hari Raya Eidul Adha. Jika ada jiran-jiran yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, bolehlah mengisi borang yang akan diedarkan.

3. PA Sistem mudah alih

Mesyuarat juga memutuskan untuk membeli PA sistem mudah alih bagi menjalankan aktiviti agama di Vila Suria. Ia juga boleh disewakan kepada mana-mana penduduk yang ingin menggunakannya untuk majlis kenduri kendara sebagai sumber pendapatan kepada aktiviti Surau.

Anggaran harga ialah RM 2000.00. Jika ada di kalangan penduduk yang berminat untuk menderma bagi membeli peralatan ini, sangat dialu-alukan.

4. Bangsal sementara

Mesyuarat juga memutuskan untuk membina bangsal sementara di tapak pembinaan surau bagi menjalankan aktiviti keagamaan seperti solat Terawih, ceramah agama dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Kebenaran lisan dari pihak MPS telah pun diperolehi. Insya Allah jika tiada halangan, bangsal ini akan didirikan secepat yang mungkin.

Justeru bagi menjayakan segala aktiviti dan perkara di atas, surat edaran akan dihantar kepada semua penduduk Islam di Vila Suria pada minggu hadapan.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment