Showing posts with label Gotong Royong. Show all posts
Showing posts with label Gotong Royong. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Sekitar aktiviti gotong royong : Terima kasih semua !

Aktiviti yang mengeratkan ukhwah

Alhamdulillah pada hari Ahad, 24hb April 2011, program gotong royong ‘menceriakan’ perkarangan surau sementara Vila Suria telah diadakan.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini telah berjaya menghimpunkan seramai 25-30 orang penduduk.

Menambah kenalan

Antara kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut ialah membersihkan perkarangan surau dari batu batu, menutup lubang, meratakan tanah dan memasang dua kipas angin sumbangan dari seorang warga Vila Suria.

Program tamat pada pukul 10.00 pagi. Sebelum bersurai para peserta telah menikmati jamuan ringan, tajaan dari penduduk Vila Suria yang budiman.

Tolong menolong

Akhir kata, tiada lafaz yang layak kami ucapkan melainkan :

Terima kasih semuanya, terima kasih atas segala sumbangan yang tuan-puan berikan.., moga-moga amalan kita diterima sebagai amal soleh yang diberi ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Insya Allah.

Sumbangan anda dihargai

Menghilangkan kepenatan

Melentur buluh dari rebungnya

"Kita bakor aja..! kita bakor aja...!

Saturday, April 16, 2011

GOTONG ROYONG


Assalamualaikum wrm wbh,

Kepada semua warga Vila Suria yang budiman,

Satu majlis gotong royong membersihkan halaman 'Surau Sementara' Vila Suria akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 24. 4. 2011 - Ahad
Masa : 8.00 pagi


Tuan-tuan dijemput hadir beramai-ramai. Sesiapa yang ingin menaja jamuan sangat dialu-alukan.

Terima kasih.

Monday, November 8, 2010

GOTONG ROYONG PERSIAPAN IBADAH KORBAN

Assalamualaikum wrm wbth.

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria akan menganjurkan program gotong royong persiapan melaksanakan Ibadah Korban pada hari Ahad 14.11.2010, pukul 8.00 pagi bertempat di tapak surau.

Justeru semua penduduk Islam dijemput hadir.

'Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing'.

Sekian.