Tuesday, February 1, 2011

Pengumuman - P.A System

P.A System milik JPSVS

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria telah membeli sebuah P.A System untuk kegunaan aktiviti keagamaan di taman kita.

P.A System ini dilengkapi dengan mikrofon dan tiangnya, mikrofon tanpa wayar, pembesar suara dan wayar sepanjang 10 meter.

Kepada warga Vila Suria yang ingin menyewa untuk kegunaan kenduri kendara, majlis perkahwinan atau sebagainya bolehlah berhubung dengan Ybhg Al-Fadhil Ust Hj Azzahar di talian 019-3322677.

Monday, December 13, 2010

Majlis Maal Hijrah 1432..., sederhana tetapi meriah
















6.20 ptg - di rumah Prof. Madya Halim Ramli

Syukur kepada Allah SWT, kerana banyak ilmu yang dapat diperolehi oleh sebahagian penduduk Vila Suria dan taman sekitar melalui ceramah yang disampaikan oleh saudara Shahkirit Kakulal Govindji malam tadi.

Antara isi ceramah yang beliau tekankan ialah tentang kewajipan berdakwah ke atas setiap orang Islam, bagaimana 'approach' yang perlu dilakukan dalam mendekati orang-orang bukan Islam seperti penganut Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi dan sebagainya.

Ceramah berakhir pada pukul 9.40 malam.

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis yang berkat ini.
















Solat maghrib diimami oleh Ust Zainal Arifin
















Pengerusi majlis - Ust Muharizal
















Ekem...evad vet tiyem..
















Antara yang hadir
















Terima kasih sekalung budi
















Di akhiri dengan jamuan makan malam

Friday, December 10, 2010

GOTONG ROYONG PERSIAPAN CERAMAH MAAL HIJRAH
















Lokasi ceramah, no.513 Jalan A 17

Satu gotong royong persiapan untuk ceramah Maal Hijrah akan di adakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 12.12.2010, (Ahad)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : No 513, Jalan A 17.


Semua AJK JPSVS dan warga Vila Suria yang berkelapangan dijemput hadir.

Harap maklum.

Wednesday, November 24, 2010

CERAMAH MAAL HIJRAH 1432H





















Shahkirit Kakulal Govindji

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria menjemput semua penduduk Vila Suria dan juga Taman sekitar ke majlis Ceramah Maal Hijrah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Ahad, 12.12.2010

Masa : Selepas Maghrib

Penceramah : Brother Shahkirit Kakulal Govindji

Tempat : Rumah No 513 Jalan A 17 Vila Suria, BWP Sikamat


Semoga kehadiran tuan-puan dirahmati Allah SWT.

Saturday, November 20, 2010

Meriahnya ibadah korban 1431H
















Petang Jumaat semalam lembu sampai di Vila Suria

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk yang telah bersama-sama menjayakan ibadah korban pada tahun ini.

Seperti mana yang dijadualkan, pukul 7.15 - 7.30 pagi, dua ekor lembu jantan telah berjaya di sembelih.
















Ditambat di tepi pagar

Cuaca pagi yang agak baik menyebabkan segala kerja melapah dan menyiang daging dapat diselesaikan sebelum pukul 10.00 pagi.

Selain kaum lelaki, kaum wanita juga turut serta membantu dalam kerja-kerja memasak.

Pukul 11.00 pagi, Pengerusi Jawatankuasa pembinaan Surau Ust Hj Azzahar menyampaikan sedikit taklimat pengagihan daging korban.
















Di mana ditambat di situ disembelih

Beliau turut menjelaskan perkembangan terkini pembinaan surau serta cadangan membina Bangsal dalam bentuk wakaf, sebagai pusat aktiviti sementara bagi penduduk Vila Suria.

Insya Allah, Bangsal sementara ini akan mula didirikan pada bulan hadapan.

Menikmati sup tulang

Pukul 12.15 tengah hari, semua yang hadir menikmati sup tulang yang enak hasil sentuhan tangan kaum ibu.

Sebelum Zuhor segalanya selesai dengan sempurna.

Daging korban di sedekah ke Taman Jujur

Daging korban Vila Suria turut diagih-agihkan kepada penduduk sekitar khususnya ke Taman Jujur Sikamat. Ia diterima oleh Tuan Haji Othman , Imam Surau Taman Jujur yang berjanji akan mengagihkannya kepada penduduk miskin sekitar taman tersebut.

Berikut ialah beberapa keping gambar yang sempat di rakam untuk tatapan penduduk.
















Proses 'mengulit'
















Masing-masing menujukkan 'skill' melapah dan menyiang daging
















Muafakat menambah berkat
















Objektif tercapai
















Suasana gembira terpancar di wajah penduduk
















Memupuk perpaduan ummah
















Bungkusan daging korban
















Ust Hj Azzahar menyampaikan sedikit taklimat sebelum daging di agihkan
















Bersyukur menikmati rezeki
















Bertanya khabar
















Kemesraan terjalin erat
















Ust Fadli bersama ibunya

Sunday, November 14, 2010

IBADAH KORBAN 1431H
















Taklimat perlaksanaan ibadah korban oleh Ust Hj Azzahar

Assalamualaikum wrm wbh,

Pada hari Sabtu, 20hb November ini Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria berharap semua penduduk Islam dapat berkumpul di tapak pembinaan surau seawal 7.00 pagi.

Harap tidak lupa membawa parang, pisau, kapak, batu asah, besen dan sebagainya.

Moga-moga dengan kerjasama penduduk sekalian, kerja-kerja penyembelihan, melapah, memasak dan mengagihkan daging dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Insya Allah.

Sekitar Gotong Royong Persiapan Ibadah Korban

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang berkesempatan hadir pada pagi tadi. Berikut ialah beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.
















Muafakat membawa berkat

















Menggali lubang tempat penyembelihan
















Antara lubang yang telah siap di gali

Monday, November 8, 2010

GOTONG ROYONG PERSIAPAN IBADAH KORBAN

Assalamualaikum wrm wbth.

Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria akan menganjurkan program gotong royong persiapan melaksanakan Ibadah Korban pada hari Ahad 14.11.2010, pukul 8.00 pagi bertempat di tapak surau.

Justeru semua penduduk Islam dijemput hadir.

'Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing'.

Sekian.